Anda semua pasti sayang dengan baju printing yang dibeli sama ada ready made atau custom made.
Baju printing bukan sahaja menarik kerana warna-warnanya tetapi juga kerana grafiknya.

Tetapi, jika anda pakai dalam beberapa kali, anda akan perasan perbezaan pada baju printing tersebut. Prints itu akan pecah-pecah, menjadi kepingan-kepingan kecil atau warnanya akan luntur. Selain itu, fabrik baju itu akan jadi kasar, berbulu, meregang atau berubah warna. Anda mestilah rasa sedih bila perkara ini terjadi.
Saya ada berita baik, anda boleh mengelakkan perkara-perkara tersebut daripada terjadi dengan mengikuti tips-tips menjaga baju printing seperti di bawah:
Terbalikkan baju anda sebelum basuh
Menterbalikkan baju (wrong side di luar dan right side di dalam) sebelum membasuh dapat melindungi design di atas baju. Hal ini kerana, ketika di dalam mesin basuh, baju printed ini akan bergesek dengan baju-baju lain dan menyebabkan design di atas baju berpecah-pecah. Menterbalikkan baju printing dapat mengelakkan perkara ini daripada berlaku.
Guna sabun baju yang diperlukan sahaja
Menggunakan sabun basuh baju dengan kuantiti yang banyak boleh menyebabkan baju anda luntur warna. Anda harus menggunakan kuantiti sabun baju yang diperlukan sahaja supaya baju anda tahan lama. Meletakkan sabun baju dengan kuantiti yang banyak membuat baju anda lebih wangi tetapi ia juga memberikan kesan yang buruk kepada baju anda, jadi berhati-hatilah semasa anda meletakkan sabun.
Guna pelembut baju (fabric softener)
Menggunakan pelembut baju dapat mengurangkan baju anda daripada berkedut. Selain itu, pelembut baju boleh membuatkan baju anda lebih wangi. Tetapi, anda harus beringat untuk menggunakan kuantiti yang diperlukan sahaja.
Basuh baju dengan air yang sejuk
Membasuh baju dengan air sejuk mengelakkan baju daripada mengecut dan luntur warna. Selain itu, basuh dengan air sejuk juga mengurangkan kedutan pada baju anda. Tetapi, jika anda menggunakan air panas, ianya boleh merosakkan sesetengah fabrik seperti polyester dan menghilangkan kelembapan semulajadi pada fabrik lalu menyebabkan fabrik mudah berkedut.
Jangan jemur baju di bawah matahari
Cahaya matahari di Malaysia sangat panas, menjemur baju di bawah matahari akan menyebabkan baju anda luntur warna dan baju anda yang berwarna akan nampak kusam dan lama. Anda disyorkan untuk menjemur baju di bawah bumbung seperti balkoni rumah.
🌟 Tingkatkan Ilmu & Kemahiran Bersama Mafeya Academy
Dunia jahitan dan cetakan sentiasa berkembang dengan teknologi baharu seperti sulaman berkomputer, dan peluang untuk mempelajarinya kini semakin luas.
Jika anda ingin memperkukuh kemahiran, menambah ilmu, atau mendalami bidang ini dengan lebih mendalam, Mafeya Academy sentiasa komited menyediakan platform pembelajaran yang sesuai untuk semua peringkat.
Teruskan mengikuti perkembangan kami untuk pelbagai perkongsian, panduan dan peluang pembelajaran menarik berkaitan industri jahitan, bisnes, rekaan dan cetakan.
Kerana di Mafeya Academy, setiap kemahiran yang anda pelajari adalah langkah menuju masa depan yang lebih bernilai.









Tiada komen lagi.