Kilang Sublimation Printing Baju Malaysia
Sublimation Printing adalah salah satu teknik mencetak yang popular digunakan dalam industri percetakan T-Shirt & Cenderahati. Dalam artikel kali ini kami ingin berkongsi sedikit pengetahuan berkenaan apa yang dimaksudkan dengan Sublimation Printing. Ini dapat menambah ilmu anda sebagai pelanggan sekaligus dapat mengelakkan anda terkeliru dan lebih yakin semasa membuat tempahan T-Shirt & Cenderahati pada masa akan datang. Antara produk yang boleh dihasilkan dengan Teknik Sublimation Printing ini adalah seperti t-shirt, mug, lanyard dan banyak lagi.
Sublimation Printing adalah kaedah percetakan yang melibatkan pemindahan design dari printer ke atas kertas khas (Sublimation Paper). Kemudian dari kertas pula design dipindahkan ke atas material produk. Design dipindahkan ke atas material produk dengan menggunakan Teknik Pemanasan & Tekanan (Heat Press). Teknik Heat Press akan menjadikan dakwat khas (Sublimation Ink) bertukar kepada gas melalui proses pemejalwapan dan seterusnya diserap masuk ke dalam material produk.

Teknik ini hanya boleh digunakan ke atas material tertentu sahaja.
Dan juga hanya boleh digunakan ke atas permukaan yang mempunyai lapisan khas yang dikenali sebagai “Coating”. Lapisan ini akan membantu penyerapan imej dari kertas sublimation ke atas material tersebut. Tanpa lapisan ini, gambar tidak dapat dicetak ke atas produk tersebut.
Berikut merupakan senarai pendek proses-proses Sublimation Printing Pakaian:
1. penyediaan artwork atau design dengan menggunakan komputer.
2. mencetak artwork ke atas kertas sublimation menggunakan printer khas (Sublimation Printer).
3. pemindahan design dari kertas khas ke atas fabrik menggunakan Teknik Heat Transfer (menggunakan mesin Heat Press khas)
4. menjahit fabrik kain yang telah bercorak menjadi t-shirt.
5. QC (Quality Control) & proses pembungkusan.
6. serahan/delivery.

Semua proses ini mengambil masa 3-14 hari bergantung pada design, kuantiti & permintaan pelanggan.
Antara kelebihan Teknik Sublimation Printing:
1. Tiada had warna cetakan kerana printer sublimation mampu mencetak full color printing.
2. Kualiti cetakan sangat tinggi & tahan lama.
3. Hasil warna cetakan sangat tepat dengan design & artwork yang dihasilkan.
4. Harga berpatutan bergantung pada kuantiti tempahan.
5. Mampu mencetak pelbagai bentuk design & pattern pakaian.
🌟 Tingkatkan Ilmu & Kemahiran Bersama Mafeya Academy
Dunia jahitan dan cetakan sentiasa berkembang dengan teknologi baharu seperti sulaman berkomputer, dan peluang untuk mempelajarinya kini semakin luas.
Jika anda ingin memperkukuh kemahiran, menambah ilmu, atau mendalami bidang ini dengan lebih mendalam, Mafeya Academy sentiasa komited menyediakan platform pembelajaran yang sesuai untuk semua peringkat.
Teruskan mengikuti perkembangan kami untuk pelbagai perkongsian, panduan dan peluang pembelajaran menarik berkaitan industri jahitan, bisnes, rekaan dan cetakan.
Kerana di Mafeya Academy, setiap kemahiran yang anda pelajari adalah langkah menuju masa depan yang lebih bernilai.









Tiada komen lagi.