Mafeya Academy menghargai kepercayaan dan privasi anda. Kami komited untuk melindungi setiap maklumat peribadi yang dikumpulkan daripada pengguna laman web dan platform pembelajaran kami.
Notis Privasi ini menjelaskan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, menyimpan dan melindungi data anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia.
1. Maklumat Yang Kami Kumpulkan
Kami mungkin mengumpul maklumat peribadi apabila anda mendaftar akaun, menyertai kursus, melengkapkan borang, menghantar pertanyaan, membuat pembayaran, atau berinteraksi dengan platform kami. Maklumat ini boleh merangkumi:
- Nama penuh
- Alamat e-mel
- Nombor telefon
- Alamat surat-menyurat
- Maklumat pembayaran atau transaksi
- Rekod penyertaan dan kemajuan kursus
- Maklumat teknikal seperti alamat IP, jenis pelayar dan peranti yang digunakan
2. Tujuan Pengumpulan Maklumat
Maklumat yang dikumpulkan digunakan bagi tujuan:
- Mendaftarkan akaun dan mengurus profil pengguna
- Menyediakan akses kepada kursus, modul dan bahan pembelajaran
- Memproses pembayaran dan pengeluaran resit
- Menyediakan sokongan pelanggan serta bantuan teknikal
- Menghantar maklumat promosi, tawaran istimewa atau kemas kini berkaitan kursus
- Mematuhi peraturan undang-undang dan keperluan pihak berkuasa
3. Penggunaan Cookies dan Web Beacon
Laman web Mafeya Academy menggunakan cookies dan web beacon untuk menambah baik pengalaman pengguna.
Cookies ialah fail kecil yang disimpan di pelayar anda apabila anda melayari laman web kami. Ia membantu kami:
- Mengenal pasti pengguna berulang
- Menyimpan tetapan atau keutamaan pelawat
- Menganalisis corak penggunaan laman web bagi tujuan penambahbaikan
Web beacon pula ialah imej digital kecil atau skrip tanpa bentuk yang digunakan bersama cookies untuk memantau aktiviti pengguna, seperti bilangan pelawat atau interaksi dengan emel dan halaman tertentu.
Anda boleh memilih untuk mematikan cookies melalui tetapan pelayar anda, namun sesetengah fungsi laman mungkin tidak beroperasi dengan sempurna tanpa cookies.
4. Pendedahan Maklumat Kepada Pihak Ketiga
Kami tidak akan menjual atau mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran anda, kecuali untuk tujuan operasi yang melibatkan:
- Pemprosesan pembayaran
- Penyimpanan data di pelayan selamat
- Penghantaran e-mel dan sistem komunikasi
- Penyedia perkhidmatan teknikal atau analitik
Setiap rakan kerjasama kami terikat dengan dasar kerahsiaan yang ketat bagi memastikan keselamatan data anda.
5. Keselamatan Data
Kami menggunakan langkah keselamatan yang munasabah termasuk penyulitan, firewall dan kawalan akses bagi melindungi data peribadi daripada akses tanpa kebenaran, kehilangan atau penyalahgunaan. Walau bagaimanapun, pengguna disarankan untuk sentiasa berhati-hati dan menjaga kerahsiaan akaun mereka.
6. Akses dan Pengemaskinian Maklumat
Anda mempunyai hak untuk mengakses, menyemak atau mengemaskini maklumat peribadi anda. Permintaan boleh dibuat melalui e-mel rasmi kami dan kami akan mengambil tindakan sewajarnya dalam masa yang munasabah.
7. Pautan ke Laman Web Lain
Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman pihak ketiga. Mafeya Academy tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, dasar privasi atau keselamatan data laman-laman tersebut.
8. Perubahan Kepada Notis Privasi
Mafeya Academy berhak untuk mengubah, menambah atau mengemas kini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa notis awal. Semua perubahan akan dikemas kini di laman web ini dan berkuat kuasa serta-merta selepas diterbitkan.
9. Hubungi Kami
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Notis Privasi ini atau cara kami menguruskan data anda, sila hubungi:
Mafeya Academy (Mafeya Sdn Bhd)
32-A, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Eshan.
E-mel: info@mafeya.com.my